Program Sukses,Matang,Aktif,Rasional,Tanggungjawab (SMART) dilaksanakan bagi melahirkan generasi yang berwawasan dan berinovatif,keseimbangan kekuatan fizikal dan rohani dalam jati diri belia. Program ini memberi pendekatan yang positif bagi belia dalam membentuk sahsiah terpuji dan jati diri menerusi sesi motivasi mental dan juga aktiviti fizikal.